Abstract
Pada tarikh 13 dan 14 Februari 2020, aktiviti gotong royong dan 5S telah diadakan oleh Unit 5S dan Keceriaan JSG. Hampir kesemua staf JSG terlibat dalam aktiviti ini yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja ceria dan kemas selain mengeratkan tali silaturrahim di kalangan staf JSG. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah memasang ‘wallpaper” pada dinding berdekatan dengan pintu masuk dan kaunter pejabat. Selain itu, aktiviti kitar semula turut diadakan di mana semua bahan-bahan tidak terpakai khususnya dari bilik-bilik pensyarah telah dikumpul, dihantar dan dijual ke pusat pengumpulan kitar semula berdekatan. Antara bahan-bahan terbuang yang dapat dikumpul adalah ‘banner’ lama, kertas, buku-buku dan sebagainya. Jelas sekali, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan hasilnya ruang pejabat jabatan yang lebih kemas, ceria dan tersusun telah berjaya diwujudkan. Adalah diharapkan agar aktiviti sihat sebegini dapat dijalankan lagi dan berterusan hendaknya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED Mohd Napiah, Noorezal Atfyinna UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Yusoff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 4-5 |
Keywords: | Buletin, Jabatan Sains Gunaan, UiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69479 |