Abstract
Nama projek ini adalah "Experimental Library System" (ELS). Projekini merupakan satu sistem kad pintar 'all- in-one' bagi menguruskan pengopemsian di beberapa unit perkhidmatan di perpustakaan seperti unit Sirkulasi, Perkhidmatan Percetakan dan Unit Teknologi Maklumat. Sistem ini direkacipta atas tujuan untuk membantu proses pengoperasian yang lebih teratur bagi kerja-kerja pengurusan pusat sumber sekolah. Sasaran pengguna bagi sistem iniadalah Pusat Sumber Sekolah. Guru-guru pusat sumber akan dapat pelbagai manfaat daripada pengaplikasian sistem ini. Sebagai contoh, mereka dapat menyimpan data pengguna staf dengan cara yang lebih teratur menggunakan pengkalan data yang stabil dan selamat. Sistem ini juga boleh di integrasikan dengan sistem perpustakaan yang lain. Secara keseluruhan, sistem ini mempunyai potensi pasaran yang cerah kerana kebanyakan sekolah- sekolah di Malaysia masih kekal menggunakan kaedah tradisional bagi mentadbir dan menguruskan pusat sumber mereka. Sistem ini juga boleh dinaiktaraf dengan beberapa modul-modul tambahan bergantung kepada permintaan darisemasa ke semasa.