Abstract
Kajian yang kami jalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan masyarakat di sekitar Bandaraya Kuching terhadap kebersihan Sungai Sarawak. Ia juga merangkumi tentang sumbangan masyarakat terhadap proses pemuliharaan dan pemeliharaan Sungai Sarawak. Selain itu, kami juga mengkaji tahap pengetahuan masyarakat setempat tentang keprihatinan mereka terhadap isu-isu pencemaran yang berlaku di Sungai Sarawak dan sejauh mana maklumat yang mereka perolehi berkaitan dengan alam sekitar terutamanya berkaitan dengan sungai. Kami juga menjalankan kajian terhadap peranan pihak-pihak berkuasa terutamanya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terhadap Sungai Sarawak. Ini termasuklah tentang tugas harian yang berkaitan dengan sungai, langkah-langkah yang diambil untuk membersihkan sungai dan denda yang dikenakan terhadap mereka-mereka yang didapati bersalah kerana mengotorkan atau mencemarkan Sungai Sarawak. Tidak dilupakan kajian kami terhadap sejauh mana program-program yang dianjurkan oleh pihak berkuasa terutamanya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak memberi kesan kepada masyarakat disekitar Sungai Sarawak.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Ulis, Mohamad Borhan 98444170 Samsudin, Mohammad Faisal 99002564 Morshidi, Mohammad Faizan 98444250 Abdul Rahman, Razali 98444826 Siji, Samsuri 98445120 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | sungai , tebingan Kuching , kebersihan sungai |
Date: | September 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69300 |
Download
69300.pdf
Download (2MB)