Unit zakat sedekah wakaf: adaptasi peranannya dalam mengendalikan dana zakat bagi pembangunan pendidikan norma baru golongan asnaf fisabilillah UiTM Cawangan Kelantan / Zanirah Mustafa@Busu … [et al.]

Mustafa@Busu, Zanirah and Mat Jusoh, Nor Asmira and Junuh, Noraini and Yusof, Norazmila and Mustapha, Ahmad Mursyidi and Mat Zin, Mohd Nazri Mat Zin and Awang @ Ab.Rahman, Nurul Hidayah and Noor Zainan, Nurul Izzah and Nik Din, Nik Muniyati and Ismail, Mohd. Khairul Anuar (2022) Unit zakat sedekah wakaf: adaptasi peranannya dalam mengendalikan dana zakat bagi pembangunan pendidikan norma baru golongan asnaf fisabilillah UiTM Cawangan Kelantan / Zanirah Mustafa@Busu … [et al.]. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1. pp. 49-57.

Abstract

Kejayaan zakat dalam sesebuah institusi amat perlu kepada urus tadbir yang adil kerana tanggungjawab tersebut adalah amanah. Dengan pengurusan yang adil, dana zakat mampu membantu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi kerana aktiviti zakat itu sendiri dapat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh masyarakat di Malaysia. Dana zakat institusi pendidikan tinggi juga adalah salah satu cara yang dapat membantu meningkatkan kebajikan universiti. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebolehupayaan perlaksanaan penubuhan universiti zakat di Malaysia dan dapat mengkaji cara yang paling berkesan dalam perlaksanaan pembangunan universiti di Malaysia dengan menggunakan dana zakat. Pendedahan kajian ini juga bertujuan untuk melahirkan dan menzahirkan pembangunan institusi zakat dengan lebih produktif dan berwibawa serta dapat membantu para institusi dalam kemajuan pendidikan pada masa yang akan datang. Kajian ini diperlukan supaya penyelidikan tersebut dapat dilakukan dengan terperinci dan dikhususkan kepada para institusi yang berkelayakan untuk menerima zakat. Metodologi kajian secara kualitatif digunakan iaitu melalui keperpustakaan, temubual, dokumentasi dan penelitian yang digunakan untuk mengumpulkan data maklumat yang berkaitan. Kajian ini juga berdasarkan analisis-analisis kajian lepas melalui jurnal dan laman sesawang. Hasil kajian ini, memberikan gambaran ringkas sejauh mana proses dana zakat yang diberikan kepada para institusi. Akhirnya, keperluan kepada tadbir urus yang baik dan cekap oleh unit zakat adalah amat diutamakan kerana ia dapat memperkembang dan memperbangun dana zakat dengan lebih cepat dan peranan zakat di institusi pengajian tinggi adalah amat diperlukan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafa@Busu, Zanirah
zanir126@uitm.edu.my
Mat Jusoh, Nor Asmira
UNSPECIFIED
Junuh, Noraini
UNSPECIFIED
Yusof, Norazmila
UNSPECIFIED
Mustapha, Ahmad Mursyidi
UNSPECIFIED
Mat Zin, Mohd Nazri Mat Zin
UNSPECIFIED
Awang @ Ab.Rahman, Nurul Hidayah
UNSPECIFIED
Noor Zainan, Nurul Izzah
UNSPECIFIED
Nik Din, Nik Muniyati
UNSPECIFIED
Ismail, Mohd. Khairul Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia > Kelantan (Malaysia)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Proceedings Science, Ethics & Civilization
Event Title: Konferens Sains Etika & Peradaban KONSEP 2022
Volume: 1
Page Range: pp. 49-57
Keywords: Zakat, dana, pendidikan, norma baru, asnaf fisabilillah
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69173
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69173.pdf] Text
69173.pdf

Download (134kB)

ID Number

69173

Indexing

Statistic

Statistic details