Penilaian terhadap tahap efikasi diri dan pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru matematik / Ku Hafisal Ku Mahamud and Abdull Sukor Shaari

Ku Mahamud, Ku Hafisal and Shaari, Abdull Sukor (2020) Penilaian terhadap tahap efikasi diri dan pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru matematik / Ku Hafisal Ku Mahamud and Abdull Sukor Shaari. Jurnal Intelek, 15 (2): 1. pp. 1-11. ISSN 2682-9223
Identification Number (DOI): 10.24191/ji.v15i2.15902
Abstract

Transformasi pendidikan di Malaysia pada masa kini memerlukan para guru untuk melengkapkan diri dengan efikasi dan pengetahuan yang tinggi seiring dengan keperluan pembangunan pendidikan Negara. Berdasarkan kepada kerangka tersebut, kajian ini bertujuan mengkaji tahap efikasi guru dan pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru matematik di sekolah menengah negeri Kedah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan secara rentasan menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan 343 orang guru matematik. Analisis deskriptif berkaitan skor purata (min) digunakan untuk menjelaskan tahap setiap pemboleh ubah yang dikaji. Hasil dari analisis mendapati skor purata (min) kedua-dua pemboleh ubah iaitu efikasi guru (min=3.72) dan pengetahuan isi kandungan berada pada tahap yang tingg. Hasil kajian dilihat dapat dijadikan garis panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merangka program latihan perguruan di institusi-institusi pendidikan negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69163.pdf]
Text
69163.pdf
Download (249kB)
Indexing & Metrics