Keselamatan makanan: kesannya kepada kanak kanak / Dida Muhammud, Hayati Adilin Mohd Abd Majid and Siti Munirah Muda

Muhammud, Dida and Mohd Abd Majid, Hayati Adilin and Muda, Siti Munirah (2022) Keselamatan makanan: kesannya kepada kanak kanak / Dida Muhammud, Hayati Adilin Mohd Abd Majid and Siti Munirah Muda. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Keselamatan makanan merupakan suatu isu global yang hangat diperkatakan sejak dahulu lagi. Berdasarkan hasil kajian pertama daripada analisis mengenai beban yang ditanggung di seluruh dunia akibat penyakit bawaan makanan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2015, dianggarkan seramai 600 juta orang, iaitu 1 daripada 10 orang telah jatuh sakit selepas mengambil makanan yang tercemar. Ia telah menyebabkan 420,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia, di mana satu pertiga atau 125,000 daripadanya adalah melibatkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah. Keselamatan makanan merujuk kepada rutin dalam penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh makanan. Makanan merupakan apa-apa bahan yang di makan dan menyumbang kepada nutrisi untuk pertumbuhan, perkembangan badan secara mandiri serta menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera. Pengguna, khususnya kanak-kanak yang memakan makanan yang tidak mempunyai nilai nutrisi atau nutrisi tidak lengkap akan menyebabkan kemudaratan kesihatan seperti tumbesaran yang terbantut, hilangnya daya tahan badan dan terdedah kepada pelbagai penyakit.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammud, Dida
UNSPECIFIED
Mohd Abd Majid, Hayati Adilin
UNSPECIFIED
Muda, Siti Munirah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Keselamatan, makanan, kanak kanak
Date: September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69032
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69032.pdf] Text
69032.pdf

Download (1MB)

ID Number

69032

Indexing

Statistic

Statistic details