Abstract
Kanak-kanak adalah aset utama kepada negara. Justeru itu kesihatan dan pemakananan di kalangan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam memastikan mereka dapat membesar dengan baik disamping mencegah penyakit kronik dari usia muda. Makanan adalah keperluan asas sebagai pemangkin kepada kelangsungan hidup. Kebanyakan masyarakat memilih makanan berdasarkan gaya makanan yang dijual, trend dan citarasa tersendiri. Walaupun panduan pemakanan melalui piramid makanan telah di sediakan, namun ramai yang masih gagal mengikut saranan pemakanan yang baik ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak sihat yang akhirnya meningkatkan pelbagai penyakit kronik di Malaysia. Kanak-kanak tidak terkecuali dalam menghadapi masalah yang sama dengan peningkatan masalah obesiti, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi berkaitan. Selain itu, terdapat juga di antara mereka menghadapi masalah kekurangan nutrisi yang boleh menyebabkan malnutrisi dan kebantutan. Oleh itu, pendidikan pemakanan adalah sangat penting dalam memberikan panduan dan dorongan untuk mereka melalui kehidupan harian dengan lebih sihat, sejahtera dan berkualiti.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Abd Majid, Hayati Adilin UNSPECIFIED Muhammud, Adida UNSPECIFIED Syed Yasin, Sharifah Nurulhikmah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | obesiti, darah tinggi, kencing manis |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69030 |