Abstract
Langkah untuk memulakan perjalanan PhD ini bermula sebelum saya memulakan tugas di UiTM. Ketika itu saya masih bertugas di sebuah universiti awam sebagai pengajar sementara. Oleh kerana beberapa kekangan, ianya tertangguh walaupun saya telah mendapat tempat dan biasiswa. Saya meneruskan karier dengan berkhidmat di sebuah institusi pengajian tinggi swasta sebelum saya menyertai barisan tenaga pengajar akademik UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masa berlalu dengan pantas tanpa sedar, lebih sedekad saya menangguhkan perjalanan PhD ini rupanya! Lantas, saya tidak lagi teragak-agak untuk mengambil peluang dalam permohonan biasiswa bersama beberapa teman rapat. Syukur, akhirnya saya berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Fakulti Sains, UPM dengan tajaan oleh Southeast Asean Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) dan UiTM. Saya mendapat bimbingan dan dorongan dari penyelia dari UPM (Prof. Madya Dr Nor Azwady Abd Aziz) dan UM (Prof Madya Dr Zazali Alias) yang bersama sejak dari awal penyediaan kertas cadangan sehingga pelaksanaan projek penyelidikan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Wakid, Sarini UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 6 |
Keywords: | Misi topi bulat, impian, sejuta harapan |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68982 |