Abstract
Ruangan EON Inspirasi edisi kali akan membawa penampilan istimewa figura dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau iaitu Prof. Madya Dr Muhammad Hakimi Tew Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Kimi. Beliau kini diberi tanggungjawab untuk menyandang jawatan sebagai Penolong Rektor Kampus Rembau dan bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Massa. Dr. Kimi berasal dari Batu Berendam, Melaka. Beliau lahir dalam keluarga yang berketurunan baba nyonya, Melaka. Beliau yang berusia 42 tahun merupakan anak bongsu daripada seramai tiga orang adik-beradik. Dibesarkan dalam keluarga yang fasih berbahasa Melayu, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Wen Hua. Antara motif utama beliau dihantar ke SRKJ (C) Wen Hua adalah dengan harapan beliau dapat kemahiran dalam bahasa Mandarin. Oleh itu, sehingga kini beliau masih boleh berbahasa Mandarin dengan baik. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (SMKMA).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Yasin, Ida Muryany UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 6 |
Keywords: | EON, inspirasi, Prof. Madya Dr Muhammad Hakimi Tew Abdullah |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68979 |