Kit penyingkir warna lestari alam “bananaSWaT”/ Nor Azliza Akbar ... [et al.]

Akbar, Nor Azliza and Ahmad, Fauziah and Badrul Nizam, Madihah Safiyyah and Mohd Rafie, Nur Wafa Imani and Khairul Anuar, Husna and Mohd Shobri, Nurkhairunnisa (2020) Kit penyingkir warna lestari alam “bananaSWaT”/ Nor Azliza Akbar ... [et al.]. In: The 9th International Innovation, Invention and Design Competition 2020, 17 May-10 Oct 2020, Perak, Malaysia.
Abstract

Masalah utama yang sering menjadi isu diperkatakan kini adalah kekurangan air dan pencemaran air. Justeru itu, pelajar SKDM cuba mencari alternatif baru untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan merawat air dari sisa pewarna yang sering digunakan terutamanya semasa menjalankan Pendidikan Seni Visual. Batang pisang digunakan dalam projek ini sebagai agen penjerap dan produk ini diberi nama BananaSWaT. Menurut DSKP Sains Tahun 6, dibawah tajuk Bahan Buangan, sisa batang pisang ini merupakan bahan buangan terbiodegredasikan serta tidak mencemarkan alam sekitar. Untuk menghasilkan BananaSWaT, batang pisang dipotong kecil (< 5 mm) dan dikeringkan selama 24 jam, 105°C. Apabila kering, ia dimasukkan ke dalam model penapisan untuk menyingkirkan pewarna dari air sisa yang telah digunakan. Keputusan menunjukkan, batang pisang berfungsi sebagai kit penyingkir warna yang efektif yang dapat menyingkirkan pewarna. Projek ini juga memberi impak yang positif kerana rawatannya murah dan mesra alam disamping menggunakan sumber buangan agro. Air yang dirawat boleh diguna semula untuk untuk tujuan mencuci lantai, siram pokok serta lain-lain yang dapat menyelesaikan masalah kekurangan air. Kesimpulannya, projek ini sangat disyorkan sebagai satu alternatif dan mempunyai potensi untuk dikormesialkan. Amalan 3R yang telah diaplikasikan di sekolah dapat membantu mencapai RMK 11 (Tonggak 5) dalam mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68902.pdf]
Text
68902.pdf
Download (670kB)
Indexing & Metrics