Abstract
Pandemik COVID-19 telah mengubah hampir keseluruhan teknik pembelajaran pelajar seluruh dunia termasuklah pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang. Perubahan pembelajaran secara online di rumah telah memberikan impak kepada kesihatan mental dan motivasi pelajar jika tidak ditangani dengan baik. Antara isu yang popular dihadapi oleh pelajar ialah tiada kemudahan computer dan capaian internet yang kurang baik di rumah terutama bagi pelajar di kawasan pendalaman. Masalah lain ialah pendedahan screen computer terlalu lama menyebabkan pelajar sukar untuk tidur dan akhirnya mampu mengganggu emosi mereka. Selain masalah pembelajaran masalah persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif seperti tiada ruang selesa belajar, keadaan rumah yang tidak sesuai untuk pembelajaran dan keadaan kewangan keluarga juga menambahkan tekanan bagi sesetengah pelajar. Disebabkan COVID-19 terdapat ibubapa yang kehilangan kerja dan akhirnya memberi kesan kepada pelajar. Oleh itu sepanjang berlaku keadaan norma baru ini, beberapa pelajar bertindak untuk berhenti belajar disebabkan oleh kesempitan hidup, tidak dapat fokus dan hilang minat dengan pembelajaran.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Keria, Roziah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ibrahim, Anas UNSPECIFIED Chief Editor Idrus, Juliana UNSPECIFIED Editor Md Hasan, Ahmad Syauqi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin FKA, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68829 |