Analisis praktis kaedah halaqah dalam pendidikan di Institusi Pengajian Pondok Negeri Kelantan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin

Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim (2019) Analisis praktis kaedah halaqah dalam pendidikan di Institusi Pengajian Pondok Negeri Kelantan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kaedah halaqah dalam pendidikan Islam masih dipraktikkan di institusi pengajian pondok negeri Kelantan sehingga kini. la kekal bertahan kerana masyarakat masih mempercayai bahawa sistem pendidikan pondok berupaya untuk membentuk kekuatan insaniah di dalam diri pelajar. Namun, terdapat pandangan sistem pengajian dan kaedah pendidikan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian pondok perlu ditransformasi bersesuaian dengan tuntutan globalisasi pendidikan semasa. Kaedah halaqah bercorak pengajian sehala melalui syarahan sepenuhnya serta statik perlu dinilai keberkesanannya dalam aspek-aspek tertentu. Justeru, objektif kajian ialah untuk mengkaji kaedah halaqah dalam aspek praktis, keberkesanan dan penambahbaikan terhadap kaedah ini di institusi pengajian pondok negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan rekabentuk Kaedah Gabungan (Mixed Methode) yang dicadangkan oleh Creswell dan Clerk (2011) iaitu data-data diperolehi melalui sumber kualitatif (temubual, pemerhatian -dan dokumen) digabungkan dengan dapatan data soal selidik responden dalam populasi yang telah ditentukan di Pondok Lubuk Tapah, Pondok Pasir Tumbuh dan Pondok Sungai Durian di negeri Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah halaqah masih releven dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam aspek minat, kefahaman, fokus dan adab para pelajar pondok. Selain itu, beberapa penambahbaikan juga telah disyorkan oleh para informan dengan syarat kaedah halaqah dikekalkan sebagai salah satu kaedah utama dalam sistem pengajian pondok. Dapatan kuantitatif pula telah menyokong data kualitatif dengan keseluruhan analisis mencapai keputusan keseluruhan yang tinggi dan sederhana sama ada di kalangan guru pondok atau pelajar pondok. Analisis praktis mencapai keputusan (M=4.58) di kalangan guru pondok dan (M=4.39) di kalangan pelajar pondok, analisis keberkesanan berkaitan minat (M=4.06) di kalangan guru pondok serta (M=4.07) di kalangan pelajar pondok, aspek kefahaman (M=4.20) di kalangan guru pondok dan (M=4.55) di kalangan pelajar pondok, aspek fokus (M=4.47) di kalangan guru pondok sementara di kalangan pelajar pondok pula berada pada tahap sederhana (M=3.38), aspek adab (M=4.31) di kalangan guru pondok manakala (M=3.42) di kalangan pelajar pondok dan yang terakhir berkaitan penambahbaikan kaedah halaqah di pondok (M=4.45) di kalangan guru pondok serta (M=3.93) di kalangan pelajar pondok. Hasil kajian membuktikan kaedah halaqah memberi kesan yang positif dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dengan penambahbaikan terhadap teknik pengajaran. Suasana pembelajaran juga menyeronokkan dan dapat memacu sistem pendidikan pondok ke arah yang lebih cemerlang. Kajian ini juga dapat membuka ruang kepada kajian lanjutan dalam aspek yang lebih khusus merangkumi kualiti pengurusan, pelan pengajian, kurikulum yang memenuhi keperluan semasa, penerusan pengajian pelajar serta lapangan kerjaya.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim
2014620806
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ismail, Huzaimah
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Maidin, Pisol
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Yakob, Mohd Asmadi
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
L Education > LC Special aspects of education > Madrasahs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Halaqah, sistem pendidikan pondok, Kelantan
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68809
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68809.pdf] Text
68809.pdf

Download (19kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

68809

Indexing

Statistic

Statistic details