Pemilihan institut pengajian tinggi awam dalam bidang sains dan teknologi menggunakan kaedah pengkadaran faktor / Nor Azrul Tajib, Mohamad Helmi Minhad and Mohd. Zulhair Robani

Tajib, Nor Azrul and Minhad, Mohamad Helmi and Robani, Mohd. Zulhair (2001) Pemilihan institut pengajian tinggi awam dalam bidang sains dan teknologi menggunakan kaedah pengkadaran faktor / Nor Azrul Tajib, Mohamad Helmi Minhad and Mohd. Zulhair Robani. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Projek yang bertajuk "Pemilihan IPTA Dalam Bidang Sains dan Teknologi Menggunakan Kaedah Pengkadaran Faktor" adalah bertujuan untuk menentukan factor-faktor utama dalam pemilihan IPTA bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dalam bidang Sains dan Teknologi. Projek ini menumpukan kepada bidang Sains dan Teknologi kerana bidang ini sangat penting bagi negara pada masa sekarang dan akan datang.Dalam analisa yang dibuat menunjukkan bidang Sains dan Teknologi dapat memberikan pendapatan yang lumayan dalam pekerjaan.Selain daripada itu, hanya empat buah IPTA daripada sepuluh buah yang termasuk dalam kajian ini iaitu Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Universiti-universiti ini dipilih berdasarkan kepada faktor-faktor yang lebih kurang sama yang dimiliki oleh universiti-universiti tersebut. Pada kebiasaannya para pelajar lepasan SPM akan memilih sesebuah IPTA atau IPTS berdasarkan kepada pengaruh daripada ibubapa sendiri. Kadangkala berlaku juga di mana mereka memilih IPTA mengikut rakan-rakan mereka dan bukannya atas kehendak mereka sendiri. Ini boleh menyebabkan mereka rasa menyesal kemudiannya apabila tidak berjaya menamatkan pengajian di sesebuah IPTA yang mereka masuki. Kajian seperti ini akan dapat memberikan maklumat penting yang boleh dijadikan panduan bagi mereka dalam memilih IPTA yang bersesuian dengan pencapaian dan potensi mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68784.pdf]
Text
68784.pdf
Download (14kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics