IDRM2020: harapan bumi rafflesia / Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani

Abd Ghani, Kay Dora (2020) IDRM2020: harapan bumi rafflesia / Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.
Abstract

Sejujurnya, penulis amat mengagumi keindahan dan keunikan Negeri Sabah, walaupun Negeri di Bawah Bayu itu seringkali dilaporkan mengalami bencana alam yang besar dan mengorbankan banyak nyawa. Kali pertama penulis melawat Kundasang dan Ranau, Sabah ialah sekitar bulan Jun 2015, seminggu selepas kejadian gempa bumi berukuran 6 Skala Richter berpusat di kaki Gunung Kinabalu pada awal pagi 5 Jun 2015. Penulis dan rakan-rakan penyelidik dari beberapa universiti awam dari seluruh Malaysia bergegas ke Ranau untuk melihat keadaan bangunan dan juga kesan lain terhadap muka bumi disebabkan gempa tersebut. Banjir lumpur, aliran debris, garis sesar yang jelas kelihatan dari pergerakan plat tanah, serta tanah runtuh, merupakan kesan serta merta yang dapat dilihat. Susulan dari kejadian gempa tersebut, lebih 30 bilangan gempa kecil berlaku sehingga sekarang dan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur masih berlaku sehingga kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68756.pdf]
Text
68756.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics