Hubungan pemasaran dan kutipan box-office, satu kajian filem: Ombak Rindu / Ahmad Azlan Syah Abd Rashid

Abd Rashid, Ahmad Azlan Syah (2017) Hubungan pemasaran dan kutipan box-office, satu kajian filem: Ombak Rindu / Ahmad Azlan Syah Abd Rashid. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Industri perfileman Malaysia kini pesat membangun namun hala tuju ataupun nasib industri tempatan ini pada masa yang akan datang masih samar. Ini kerana pola penontonan filem cereka di panggung kini kian tidak menentu. Para penerbit filem tempatan kini kerap menunding jari ke atas para penonton kononnya para penonton lebih berkiblatkan filem-filem Hollywood. Badan kerajaan seperti FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) juga kerap dipersalahkan kononnya tidak mengawal kemasukan filem-filem barat tersebut yang sekaligus menjejaskan pasaran tempatan sedangkan FINAS banyak membantu industri tempatan tanpa mereka sedar. Masalah utama para penerbit filem tempatan kini adalah kurangnya ilmu pengetahuan terhadap dunia pemasaran yang sebenar. Tesis ini mengupas satu sistem pemasaran filem yang sistematik bagi rujukan para penerbit di masa yang akan datang. Konsep pemasaran filem yang relevan perlu bagi menepati kehendak para penonton yang sentiasa berubah-berubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu kajian ini merungkai satu sistem pemasaran filem yang telah berjaya meraih kutipan box-office. Kajian ini dilakukan secara Kualitatif dan berlandaskan pada penyelidikan deskriptif. Segala data diperoleh daripada sumber utama dan sumber kedua kajian. Ianya dibuktikan satu per satu melalui perkaitan segala teori-teori yang dikaji. Hubungan pemasaran dan box-office dirungkaikan satu persatu melalui kajian kes filem yang dikaji. Satu sistem pemasaran yang sistematik terungkai mengikut peredaran zaman yang mencabar.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rashid, Ahmad Azlan Syah
2013874812
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohaideen, A. Razak
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Marketing
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Sarjana Seni
Keywords: Industri perfileman Malaysia, pemasaran filem, box-office
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68747
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68747.pdf] Text
68747.pdf

Download (155kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

68747

Indexing

Statistic

Statistic details