Kemalangan dan keselamatan di perkilangan / Azlan Awang, Nizam Shahril Basiron and Saiful Amri Abdul Rashid

Awang, Azlan and Basiron, Nizam Shahril and Abdul Rashid, Saiful Amri (2000) Kemalangan dan keselamatan di perkilangan / Azlan Awang, Nizam Shahril Basiron and Saiful Amri Abdul Rashid. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Setiap kemalangan yang berlaku akan mengakibatkan kerugian samaada kerugian tenaga manusia atau kerugian harta benda. Dalam sektor perkilangan, kemalangan yang melibatkan pekerja akan menyebabkan kehilangan tenaga mahir dan akan melembabkan pengeluaran syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pihak yang terlibat untuk menjaga keselamatan sendiri dan keselamatan orang-orang yang berada dibawah jagaannya. Kemalangan di perkilangan merupakan masalah utama yang harus di hadapi oleh pihak pengurusan industri. Pengkajian tentang perancangan keselamatan dalam menghadapi kemalangan dapat menjuruskan ke arah produktiviti. Pihak pengurusan harus menyedarkan para pekerja mengenai keselamatan di samping melakukan pekerjaan demi kepentingan syarikat. Dalam kemajuan industri perkilangan pada masa kini, jumlah kemalangan yang berlaku juga meningkat dan kebanyakan daripada kemalangan ini di laporkan. Contoh kemalangan yang paling mengerikan pernah terjadi ialah di India pada tahun 1984, di mana ia telah mengorbankan lebih 2000 manusia dan hampir 2 juta orang tercedera. Kemalangan ini adalah di sebabkan oleh sejenis gas iaitu methyl isocyanate. Di Malaysia juga pernah terjadi satu kemalangan yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia di mana ia telah mengorbankan seramai 26 orang pekerja. Kejadian ini berlaku di kilang membuat mercun yang terletak di Sungai Buluh, Selangor pada 7 Mei 1991. Pada 24 September 1999 yang lalu juga, di Kilang Carsem Semiconductor, Jelapang Perak telah berlaku satu kemalangan di mana kesilapan pekerja pembekal asid mencampurkan asid nitrik telah menyebabkan lebih kurang 1000 pekerja terhidu gas berasid tersebut dan terpaksa menjalani rawatan kesihatan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Azlan
UNSPECIFIED
Basiron, Nizam Shahril
UNSPECIFIED
Abdul Rashid, Saiful Amri
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Rahmad, Junaidah
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Safety measures. Accident prevention
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering
Programme: Diploma of Mechanical Engineering
Keywords: Kerugian, Kemalangan, Perkilangan
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68631
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68631.pdf] Text
68631.pdf

Download (16kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

68631

Indexing

Statistic

Statistic details