Pengenalan dan kepentingan dokumen sumber dalam rekod perakaunan dan perniagaan / Rafizan Abdul Razak

Abdul Razak, Rafizan (2022) Pengenalan dan kepentingan dokumen sumber dalam rekod perakaunan dan perniagaan / Rafizan Abdul Razak. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Proses perakaunan mempunyai beberapa peringkat sehinggalah penyata kewangan tahunan dapat disediakan. Secara umumnya ianya terdiri daripada 4 proses utama iaitu mengklasifikasi, merekod, meringkas dan merumuskan urusniaga perniagaan kepada pengguna atau pemilik perniagaan untuk membantu mereka menilai prestasi pencapaian dan membuat keputusan untuk kelestarian perniagaan. Topik ini selalunya dimasukkan di dalam silibus sebagai topik pengenalan kepada para pelajar yang baru mengikuti kursus perakaunan di peringkat diploma, matrikulasi atau program yang ditawarkan di universiti. Sebelum melakukan proses ini pelajar akan didedahkan tentang maklumat dokumen sumber. Apakah dokumen sumber? Dokumen sumber ini adalah bukti utama sesuatu transaksi atau urusan perniagaan di antara satu pihak kepada pihak atau entiti yang lain seperti invois, bil, perjanjian sewa beli, resit, geran, penyata bank dan lain-lain. Dokumen ini akan digunakan sebagai bukti untuk merekodkan transaksi perniagaan di dalam sistem perakaunan secara atas talian ataupun direkod dalam jurnal seperti jurnal am, jurnal belian atau jualan, jurnal pulangan belian atau jualan, jurnal penerimaan tunai atau pembayaran tunai. Sebagai contoh dokumen resit pembayaran akan digunakan dan dirujuk untuk merekod sesuatu pembelian inventori secara tunai atau penyata bil bulanan digunakan untuk merekodkan transaksi pembayaran sesuatu bil seperti bil telefon atau bil elektrik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Rafizan
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 3
ISSN: 2805-4539
Keywords: dokumen sumber, rekod perakaunan, perniagaan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68434
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68434.pdf] Text
68434.pdf

Download (266kB)

ID Number

68434

Indexing

Statistic

Statistic details