Majlis penutupan program Anime No Hi anjuran UiTM Cawangan Pulau Pinang / Melati Desa

Desa, Melati (2022) Majlis penutupan program Anime No Hi anjuran UiTM Cawangan Pulau Pinang / Melati Desa. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Anime No Hi merupakan program anjuran Japanese Language Club (JLC) UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Japanese Language Society (JLS) UiTM Shah Alam. Program ini dianjurkan buat pertama kalinya di UiTMCPP pada 15 April 2022. Anime No Hi atau Hari Anime merupakan acara sambutan tahunan seluruh dunia yang ditetapkan pada 15 April. Pertama kali disambut di Tokyo pada tahun 1975 yang mana lebih 700 peminat hadir untuk meraikan hari tersebut. Pada mulanya, acara ini hanya merupakan tayangan animasi kanak-kanak. Kini pelbagai perhimpunan dianjurkan oleh peminat Anime Jepun di Asia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Pada acara ini peminat Anime akan mengenakan kostum Anime kegemaran mereka yang dipanggil sebagai cosplay. Pengunjung lain pula akan saling bergambar dengan cosplayer kegemaran mereka. Anime mula mendapat perhatian dunia kerana stail anime yang mengetengahkan seni grafik yang menarik, perwatakan yang pelbagai, sinematografi, dan banyak lagi bentuk imaginasi dan teknik individualistik. Dibandingkan dengan animasi Barat, anime kurang bertumpukan kepada pergerakan, tetapi lebih mengutamakan setting dan kesan kamera seperti panorama, zooming dan sudut. Hari Anime memberi peluang kepada peminat-peminat anime untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman masing- masing. Perhimpunan ini juga bertujuan untuk berkongsi sejarah anime di samping mencari peluang baru untuk memperkenalkan anime dalam filem dan media sosial. Antara sebab lain kenapa peminat anime di seluruh dunia suka meraikannya adalah kerana,

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Desa, Melati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68410
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68410.pdf] Text
68410.pdf

Download (409kB)

ID Number

68410

Indexing

Statistic

Statistic details