Abstract
Seperti biasa cuaca di utara tanah air pada 4hb Ogos 2022 dan persekitaran UiTMCPP segar, redup walaupun tanpa angin, tenang dan menggamit warganya untuk beriadah. Atas kreativiti Unit Sukan, badan tersebut telah menganjurkan Sukan Tradisional peringkat UiTMCPP. Berdasarkan kepada bentuk dan acara sukan tersebut, yang pasti ianya bukan bertujuan untuk mencungkil bakat baru. Namanya SUKAN TRADISIONAL, perkataan TRADISIONAL itu sendiri membawa maksud masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun: ket- radisionalan keadaan atau sifat yang tradisional: --nya itulah yang dipuji dan dipuja oleh orang asing (Kamus De¬wan Edisi Keempat, 2005). Pembaca boleh rujuk kepada email yang diedarkan mengenai tujuan umum acara sukan tersebut. Walau bagaimanapun, pada kami para peserta APB, tujuan menyertai aktiviti sukan tradisional adalah agak unik dan membawa mesej yang tersendiri. Kami yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Rofiza Aboo Bakar, Melati Desa, Rosmawati Abu Bakar, Raja Rosila Raja Berahim, Aileen Farida Mohd Adam dan Marni Jamil mengambil bahagian dalam sukan yang berlainan acara secara “tangan kosong”. Tangan kosong bererti kami menyertai sukan ini berbekalkan kemahiran yang hampir berkarat setelah ditinggalkan puluhan tahun. Di sinilah uniknya kami para peserta dari APB, kami berusaha untuk menampilkan kesungguhan yang terbaik dalam suasana tekanan santai namun maksimum. Maklumlah semangat nak bantu pasukan itu tinggi namun kemahiran itu pula merudum!!! Dalam masa terhad yang diberi dan berbekalkan kemahiran yang bersisa, kami tekad, berazam, nekad dan berusaha dengan motto “tanpa kami APB walaupun bukan jaguh, sukan tadisional ini tak akan pergi jauh!!! Ya gituuu.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Desa, Melati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68406 |