Abstract
Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, Fakulti Perakaunan UiTM Kampus Seremban telah berpeluang menyantuni anak-anak di Rumah Kebajikan Pertubuhan Asnaf Murni dengan menyalurkan bantuan daging qurban sempena hari raya aidiladha tahun 2021 atau 1442 hijrah. Rumah Kebajikan Pertubuhan Asnaf Murni yang bertempat di Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini menempatkan anak-anak fakir miskin, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf zakat. Pihak Fakulti Perakaunan berasa amat bertuah kerana telah diberi kepercayaan menjadi pengantara bagi menyampaikan sumbangan seekor lembu qurban kepada Rumah Kebajikan Pertubuhan Asnaf Murni oleh seorang dermawan. Penyembelihan lembu qurban tersebut telah dijalankan pada hari kedua hari raya aidiladha dan proses penyembelihan telah disempurnakan di Ladang Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat. Segala urusan menyembelih dan melapah daging lembu qurban telah dilaksanakan oleh pihak tersebut dan wakil dari Fakulti Perakaunan menyerahkan dan mengagihkan daging qurban kepada Rumah Kebajikan Pertubuhan Asnaf Murni selepas proses sembelihan dan melapah daging selesai.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Norhidayah UNSPECIFIED Abdul Jabar, Ja’izah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN 2 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | daging qurban, Pertubuhan Asnaf Murni, Fakulti Perakaunan, UiTM, Seremban |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68390 |