Abstract
Pada 1 hingga 18 Oktober 2021, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah berjaya menjalankan satu program pertandingan inovasi iaitu Accounting Education Competition (AEC) 2021. Program ini merupakan program sulung fakulti yang bertemakan inovasi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat inovasi di kalangan para pensyarah khususnya. Seramai 14 orang ahli fakulti telah menyertai program ini secara berkumpulan dan berseorangan. Justeru itu, sebanyak 13 buah produk inovasi yang bertemakan pendidikan perakaunan telah berjaya dihasilkan dan dipertandingkan didalam program ini. Para peserta diberi tempoh 10 hari bagi menyiapkan produk inovasi kumpulan masing-masing. Peserta perlu menghantar satu video berdurasi 10 hingga 15 minit berkenaan produk inovasi sebelum tarikh tutup program. Penyertaan program ini telah dinilai oleh 2 orang panel juri profesional dari universiti dalam dan luar negara bagi setiap penyertaan. Penjurian telah dilaksanakan secara rawak.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Norhidayah UNSPECIFIED Dol @ Abdul Wahid, Akma Hidayu UNSPECIFIED Musman, Musliha UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN 2 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | Fakulti Perakaunan, UiTM, Negeri Sembilan, Accounting Education Competition, AEC |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68387 |