Apo yang menarik kek nismilan? Nikmati pengalaman baru yang mengasyikkan bersama keluarga tersayang di Buana Kita Glamping & Event / Dr Salwa Muda and Amariah Hanum Hussin

Muda, Salwa and Hussin, Amariah Hanum (2021) Apo yang menarik kek nismilan? Nikmati pengalaman baru yang mengasyikkan bersama keluarga tersayang di Buana Kita Glamping & Event / Dr Salwa Muda and Amariah Hanum Hussin. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Buana Kita Glamping terletak di Kampung Gaing, Pedas, Negeri Sembilan iaitu lebih kurang 30 minit pemanduan daripada Bandaraya Seremban. Konsep Glamping yang menggabungkan perkataan Glamourous dan Camping yang diketengahkan oleh Buana Kita memberikan pilihan baharu kepada mereka yang suka percutian secara perkhemahan dan pencinta alam semula jadi namun dalam suasana yang lebih selesa dan menyeronokkan. Terdapat lapan (8) buah khemah yang disediakan dan dibahagikan kepada Tapak A dan Tapak B. Setiap khemah boleh memuatkan seramai 4 orang dan mempunyai pilihan katil Queen dan Single. Tandas, bilik mandi, surau dan pantry yang selesa dan bersih terletak di blok bangunan berhampiran kawasan khemah. Kanak-kanak pastinya teruja dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada keluarga yang menginap di sini. Antaranya menunggang basikal, ATV, kolam renang, wayang pacak, pingpong dan memanah serta terdapat indoor games seperti congkak dan Sahibba. Pilihan aktiviti yang disediakan oleh Buana Kita bertujuan memberikan keseronokan berganda kepada tetamu dan memastikan objektif percutian mereka tercapai. Yang menariknya bayaran yang dikenakan boleh dianggap “mesra poket” kerana kesemua aktiviti ini termasuk dalam pakej glamping yang diambil. Oleh itu, tetamu tidak perlu membayar bayaran tambahan untuk aktiviti ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muda, Salwa
UNSPECIFIED
Hussin, Amariah Hanum
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Outdoor life. Outdoor recreation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 2
ISSN: 2805-4539
Keywords: Buana Kita Glamping & Event, Seremban, Negeri Sembilan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68380
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68380.pdf] Text
68380.pdf

Download (1MB)

ID Number

68380

Indexing

Statistic

Statistic details