Mengenali penyakit radang usus dan langkah pencegahan / Rafizan Abdul Razak

Abdul Razak, Rafizan (2021) Mengenali penyakit radang usus dan langkah pencegahan / Rafizan Abdul Razak. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Negara Malaysia kita tercinta memang kaya dan terkenal dengan pelbagai jenis juadah makanan yang enak dan lazat. Namun begitu kita harus beringat jika tersilap langkah boleh mempengaruhi kesihatan individu tanpa mengira peringkat umur samada kanak-kanak, remaja sehingga dewasa. Salah satu penyakit yang mungkin jarang kita dengar adalah penyakit ‘Crohn’ atau radang pada bahagian usus. Pengalaman menjaga ahli keluarga yang menghadapi masalah ini memberi perasaan ingin tahu apakah sebenarnya penyakit radang ini? Menurut pakar perubatan, penyakit yang dipanggil radang usus ini terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu penyakit ‘Crohn’ dan ‘Ulcerative colitis’. Kedua - dua penyakit ini mempunyai persamaan yang mana ia berlaku disebabkan oleh proses keradangan. Walaupun begitu kedua-duanya masih mempunyai sedikit perbezaan termasuklah dari segi rawatan untuk pesakit. Penyakit ‘Crohn’ boleh terjadi pada seluruh sistem pencernaan dan selalunya ditemui di kalangan pesakit yang lebih berusia, manakala ‘Ulcerative colitis’ pula hanya boleh terjadi di bahagian usus besar dan kerap berlaku dikalangan generasi muda seperti remaja. Terdapat beberapa ujian klinikal yang perlu dilalui untuk menentukan diagnosis yang tepat bagi pesakit seperti ‘ultrasound’, 'Computed Tomography (CT) scan’, prosedur endoskopi, pengambilan sampel biopsi dan lain-lain.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Rafizan
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 2
ISSN: 2805-4539
Keywords: radang usus, ultrasound, makanan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68326
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68326.pdf] Text
68326.pdf

Download (440kB)

ID Number

68326

Indexing

Statistic

Statistic details