Lampu aromaterapi / Fadila Mohd Yusof

Mohd Yusof, Fadila (2005) Lampu aromaterapi / Fadila Mohd Yusof. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk mencari data-data yang tepat dan sahih iaitu dengan cara menjalankan soal selidik, temuramah dan pemerhatian oleh pelajar-pelajar senireka perindustrian keatas respondenresponden dan pihak-pihak yang terlibat. Penyelidikan ini di buat bagi membantu mendapatkan mak.lumat mengenai tajuk projek yang di reka iaitu lampu aromaterapi. Dalam menjalankan kajian ini, data yang perlu di cari terbahagi kepada dua bahagian iaitu data sekunder dan data primer. Bagi keseluruhan hasil kajian ini, terdapat permasalahan di mana sesetengah responden masih ragu-ragu dan tidak mengetahui lagi tentang perkembangan haruman aromaterapi. Selain itu, penggunaan haruman aromaterapi masih tidak meluas di kalangan pengguna. Namun bagi pengguna haruman aromaterapi kebanyakkan mereka menggunakan lilin aromaterapi bagi keselesaan mereka di rumah. Oleh itu, dalam rekaan kali ini ia lebih menonjolkan kepada rekaan lampu aromaterapi yang lebih berkonsep dan mempunyai kriteria yang tertentu contohnya rekaan ini lebih berkonsepkan kepada tumbuh-tumbuhan (flora dan fauna). Merekabentuk lampu bukan sekadar untuk haruman aromaterapi namun ia, juga mampu memberikan pengcahayaan yang baik dan memberi perasaan (mood) yang selesa kepada pengguna lampu aromaterapi kerana pengcahayaan lampu yang berkesan mampu memberangsangkan pengguna lampu aromaterapi. Dari hasil soal selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakkan responden memerlukan warnawarna sejuk pada lampu tetapi melalui tinjauan yang dilakukan kebanyakkan lampu yang ada di pasaran mempunyai warna yang lebih cerah dan terang. Justeru itu, rekaan lampu aromaterapi ini direka bertujuan untuk meningkatkan lagi rekaan lampu aromaterapi yang mempunyai konsep tersendiri disamping untuk memperluaskan lagi penggunaan lampu aromaterapi di kalangan pengguna.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yusof, Fadila
2002131350
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Furniture
N Fine Arts > NK Decorative arts > Furniture > Furniture design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Lampu aromaterapi, lilin aromaterapi, flora dan fauna
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68291
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68291.pdf] Text
68291.pdf

Download (167kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

68291

Indexing

Statistic

Statistic details