Abstract
Bait kata-kata hikmah ini secara tidak langsung menyampaikan kepentingan kepada para pendidik untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan hari ini yang tidak dapat terpisah daripada gabungan teknologi komunikasi maklumat. Setiap jurusan di institusi pengajian tinggi, tidak terkecuali jurusan perakaunan sedang di integrasi dengan segala kemajuan ICT dengan harapan terhasilnya material yang bersifat interaktif, sesuai dengan cita rasa pelajar hari ini. Merujuk kepada dunia pendidikan perakaunan lebih dua dekad lalu, antara motivasi utama dalam mengintegrasikan jurusan ini dan teknologi adalah untuk menambah nilai kebolehpasaran pelajar, meningkatkan reputasi jabatan, menambahbaik produktiviti jabatan, tenaga pengajar dan pelajar (Chong, 1997). Namun, sejajar perubahan masa, skop tuntutan dan kepentingan teknologi dalam pendidikan perakaunan semakin meluas. Fokus menguasai kemahiran teknologi bukan sekadar untuk menguasai sistem berkaitan pangkalan dan penyimpanan data, malah menjadikan perakaunan bidang pendidikan yang menarik untuk dikuasai dihujung jari. Hari ini, kemunculan ribuan aplikasi telah menjadi pemangkin kepada pendidikan berbentuk saling bertindak dan berhubung meski dalam batasan jarak dan waktu. Istilah-istilah seperti Kahoot, Quizlet, Padlet, Canva dan Prezi bukanlah sesuatu yang baru dikalangan para pelajar hari ini. lanya merujuk kepada aplikasi kuiz, media pembelajaran serta penyediaan material secara dalam talian yang menarik dan boleh dicapai di mana sahaja.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Jabar, Ja’izah UNSPECIFIED Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza UNSPECIFIED Isma, Norhidayah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN 2 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | Teknologi, pendidikan, perakaunan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68287 |