Abstract
Kajian profil tumbuhan di hutan UiTM Sabah kampus Kota Kinabalu ( N6°04'15" - 6°03 '45" dan E116°08 '2[" – E116°07 '51 '') ini telah dilakukan dari April 2004 - April 2005. Tumbuhan yang terdapat di dalam hutan UiTM Sabah diwakili oleh 44 famili, 112 genera dan 141 spesies tumbuhan. Iaitu mewakili 25% tumbuhan angiosperma Semenanjung Malaysia dan 31% tumbuhan di Sabah. Kajian ini telah mengumpul dan membangunkan 984 koleksi spesimen herbarium UiTM Sabah, sehingga pengkelasan peringkat spesies. Pada masa yang sama, kajian ini berjaya menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran untuk para - pelajar Prasains dan Diploma Sains UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk menyediakan senarai semak tumbuhan tinggi yang mempunyai kepentingan ekonomi dan etnobotani. Kajian ini juga merupakan perintis kepada penyediaan pengkalan data tumbuhan tinggi UiTM Sabah, negeri Sabah dan Borneo.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahmud, Abdul Manap UNSPECIFIED Jawan, Ajimi UNSPECIFIED Salim, Ansir UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia S Agriculture > SD Forestry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceeding STSS 2008 Broadening Horizons Through Research |
Event Title: | Proceeding STSS 2008 Broadening Horizons Through Research, Proceeding of the national seminar on Science, Technology And Social Sciences |
Event Dates: | 3-4 June 2008 |
Page Range: | pp. 47-55 |
Keywords: | Profil tumbuhan, Hutan, Koleksi spesimen herbarium, Pengkelasan spesies |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68252 |