Abstract
Felt adalah sejenis tekstil yang hanya memerlukan haba dan tekanan untuk dijadikan sehelai fabrik. Felt merupakan antara hasil tekstil tertua yang pernah dicipta di mana ia tidak langsung menggunakan sebarang mesin tenun. Tekstil felt dipercayai wujud semenjak 6500SM di Siberia, di mana fabrik jenis ini dijadikan kain kafan. Negara Barat terutamanya negara yang beriklim sejuk biasanya menggunakan fabrik jenis ini untuk memerangkap haba. Selain dijadikan sebagai bahan utama di dalam penghasilan pakaian, iajuga digunapakai dalam penghasilan kraf, barangan keperluan rumah malah berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai jenis industri. Penggunaan bulu kambing biri-biri dalam penghasilan felt di negara Barat merupakan perkara biasa dan ia senang didapati di kedai-kedai kraf. Dengan mengaplikasikan kaedah experimental research bulu kambing biri-biri ini diproses mengikut kaedah sebagaimana yang diamalkan di negara luar; contoh: negara Barat. Bagi mendapatkan keputusan yang terbaik beberapa siri eksperimen telah dijalankan bagi menghasilkan jenis-jenis seni Felt seperti Ball Felt dan Flat Felt. Hasil dari eksperimen ini didapati bulu kambing biri-biri tempatan ini mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan seni felt walaupun kualitinya tidak 100% dengan bulu kambing biri-biri dari negara luar. Malahan penyelidikan ini telah membuktikan bahawa kambing biri-biri tempatan ini juga setanding dengan bulu kambing biri-biri dari negara luar. Penyelidikan ini juga ingin menyampaikan mesej tentang kepentingan kitar semula kepada negara. Melaluinya ia mampu menjana pendapatan tambahan kepada pendudukyang telibat memandangkan kosnya yang sangat minimum.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Som, Siti Hemida UNSPECIFIED Badaruddin, Mohammed Iqbal UNSPECIFIED Zahari, Siti Safura UNSPECIFIED Abdu Latiff, Nik Kamaruzaman UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth |
Event Dates: | 7-8 November 2012 |
Page Range: | p. 113 |
Keywords: | Tekstil; Fabrik; Bulu kambing |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68237 |