Abstract
Orang Semai yang puratanya tinggal di Banjaran Tanah Tinggi Cameron adalah salah satu suku orang asli Senoi yang menjadi penduduk minoriti di Malaysia. Akhir-akhir ini kawasan persekitaran Tanah Tinggi Cameron menerima pembangunan yang agak pesat terutama dipacu oleh sektor pelancongan, perniagaan dan pertanian. Sejauh manakah perkembangan pembangunan di Tanah Tinggi Cameron terutama di Pekan Ringlet dan Tanah Rata mempengaruhi taraf pendapatan dan pendidikan orang Semai adalah satu isu yang perlu diberi perhatian khusus. Kajian tentang impak pembangunan ke atas taralpendapatan dan pendidikan orang Semai ini penting dalam membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menangani permasalahan yang mengekang taraf hidup dan pendidikan orang Semai di Tanah Tinggi Cameron kini dan masa hadapan sebagai panduan untuk tindakan bersepadu yang lebih berhati-hati dan kondusif kepada keperluan orang Semai sendiri.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusoh, Mohamad Sabri UNSPECIFIED Mahmood, Mahadi UNSPECIFIED Mansur, Kamarul Ariffin UNSPECIFIED Zainuddin, Azizan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development > Malaysia H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 363-372 |
Keywords: | Orang Semai, pembangunan, taraf pendapatan dan pendidikan |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68225 |