Abstract
Kewujudan FELDA adalah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu khasnya yang diperkenalkan oleh kerajaan. Dengan bantuan dan kemudahan penuh, apakah hasrat ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan? Kajian ini bagi mengenal pasti sumber pendapatan, corak perbelanjaan dan pengurusall kewangan peneroka di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Berbantukan soal selidik kepada 314 peneroka yang diedarkan secara rawak mendapati wujudnya perbezaan ketara kalangan peneroka yang berjaya dan mereka yang masih di tahap yang sama. Pendapatan peneroka sawit didapati lebih lumayan berbanding getah, selain menjelaskan peneroka Pahang dan Johor lebih tinggi pendapatannya berbanding di Negeri Sembilan. Faktor sikap untuk merebut peluang dikenalpasti menjadi punca utama perbezaan ini walaupun pihak pengurusan FELDA menyediakan pelbagai kemudahan dan pembangunan. Justeru, pembangunan insan dalam aspek keusahawanan, khasnya kepada generasi kedua FELDA perlu dibangunkan segera oleh pihak berwajib bagi meningkatkan kualiti hidup sosial ekonomi masyarakat peneroka.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Harun, Kursimah kursi044@johor.uitm.edu.my Yaakob, Ahmad Nawawi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Economic development. Development economics. Economic growth > Economic development projects H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Economic development. Development economics. Economic growth > Economic development projects > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 333-342 |
Keywords: | FELDA, keusahawanan, peneroka |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68222 |