Abstract
Kewujudan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) semenjak 2003 sehingga kini di Permatang Pauh telah membawa setiap tahun kemasukan pelajar yang bukan berasal daripada Pulau Pinang (non-resident) untuk menimba ilmu. Kehadiran pelajar yang pelbagai latar belakang dan asal usul dari seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah memberi impak ekonomi melalui perbelanjaan harian sepanjang tempoh pengajian mereka. Kajian mengukur impak ekonomi langsung hasil perbelanjaan pelajar terhadap ekonomi setempat telah dijalankan bagi tahun 2007. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur secara kuantitatif kesan ekonomi setempat di Permatang Pauh akibat kehadiran pelajar luar Pulau Pinang (non-resident) ke UiTMPP. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk borang soal selidik yang melibatkan seramai 357 pelajar sebagai responden yang dipilih daripada 5397 orang penuntut di UiTMPP. Hasil kajian ini mendapati hampir 90% pelajar UiTMPP merupakan pelajar yang bukan berasal daripada Pulau Pinang Setiap pelajar ini membawa secara puratanya RM 577,00 setiap bulan sebagai wang saku (pendapatan) dan secara puratanya juga mereka belanja RM 351. 00 setiap bulan, Hasil perbelanjaan keseluruhan pelajar UiTMPP selama setahun di Permatang Pauh adalah melebihi sebanyak RM15 juta setahun. Rumusan kajian ini mendapati terdapat impak ekonomi langsung yang signifikan akibat daripada kehadiran dan perbelanjaan pelajar bukan berasal daripada negeri Pulau Pinang (non-resident) semasa mereka menuntut di UiTMPP.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Nur Hayati UNSPECIFIED Muhamad Darus, Fairus UNSPECIFIED Mohamad Japeri, Ahmad Zia Ul-Saufi UNSPECIFIED Yunos, Melinda @Siti Asmah UNSPECIFIED Mohd Janor, Roziah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HJ Public Finance > Expenditures, Public H Social Sciences > HJ Public Finance > Expenditures, Public > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 313-319 |
Keywords: | Impak ekonomi, impak langsung, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68220 |