Kriteria kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia - satu kajian empirikal R&B/ Hayroman Ahmad, Abdul Rashid Abdul Aziz and Mastura Jaafar

Ahmad, Hayroman and Abdul Aziz, Abdul Rashid and Jaafar, Mastura (2008) Kriteria kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia - satu kajian empirikal R&B/ Hayroman Ahmad, Abdul Rashid Abdul Aziz and Mastura Jaafar. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kriteria kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia. Kontraktor reka bentuk dan bina (R&B) dan klien Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan persepsi mereka masing-masing dari aspek kualiti, masa, kos, keselamatan, kepuasan klien, dan komuniti di sekitarnya. Seramai 31 key players telah memberikan respon dari 13 projek di seluruh negara. Menerusi analisis faktor, sejumlah 97 pemboleh ubah telah melalui proses 'pengecilan '. Kaedah saringan analisis keutamaan komponen (PCA) telah mengenal pasti 16 pengukur kriteria kejayaan yang bersesuaian. Pengukur-pengukur kriteria kejayaan ini adalah percambahan secara 'struktur pokok' 5 kriteria kejayaan projek yang telah dikenal pasti sebagai 1) memenuhi kehendak klien, 2) mencapai matlamat pengurusan pembinaan, 3) mencapai matlamat penghasilan pembinaan, 4) bermanfaat kepada perkembangan kontraktor R&B, dan 5) bermanfaat kepada komuniti di sekitarnya. Lanjutan daripada penemuan ini, adalah dijangkakan bahawa ia akan menjadi penggerak strategi pencapaian kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia dan industri pembinaan umumnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68219.PDF]
Text
68219.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics