Abstract
Pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pembangunan harta tanah secara tak langsungnya telah menyebabkan permintaan terhadap pengurus harta. Bangunan-bangunan yang dibina memerlukan kepada khidmat seorang pengurus harta yang bertanggungjawab dalam memastikan bangunan yang diuruskan itu dalam keadaan yang baik serta memberikan pulangan yang tinggi kepada tuan punya bangunan. Profesion Pengurus Harta semakin tercabar dengan adanya pesaing-pesaing dari lain-lain profesion. Walaupun Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981 memperuntukkan kuasa kepada penilai berdaftar menjalankan amalan dalam pengurusan harta di Malaysia, keadaan ini tidak sepertimana sepatutnya disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat penilai ini. Kaji selidik telah dilakukan ke atas 244 syarikat penilai berdaftar yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Kajian dilakukan dengan menghantar borang kajiselidik dan mengadakan temuduga terpilih dengan syarikat-syarikat penilai yang berdaftar yang menjalankan atau tidak menjalankan amalan pengurusan harta. Tujuan utama kajian awalan ini adalah untuk mengenalpasti bilangan syarikat penilai berdaftar yang menjalankan amalan pengurusan harta tanah. Selain itu, penulis ingin mengenalpasti masalah-masalah yang mempengaruhi minat penilai perdaftar menjalankan amalan pengurusan harta serta mengenalpasti kriteria-kriteria yang perlu ada pada syarikat penilai berdaftar untuk membolehkan mereka melibatkan diri dalam pengurusan hartanah dengan lebih aktif dan berdaya saing.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Arif, Mohd Zaki mohdz438@perak.uitm.edu.my Ghani, Rohaya rohay425@uitrn.edu.my Yusuf, Nor'Aini ynoraini@usm.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land tenure H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land tenure > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 233-241 |
Keywords: | Ejen hartanah, harta tanah, pengurus harta, penilai, pentaksir |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68197 |