Islam Hadhari dalam kalangan warga pendidik terima atau tolak? satu dapatan awal / Ahmad Nawawi Yaakob and Md Saufi Abdul Hamid

Yaakob, Ahmad Nawawi and Abdul Hamid, Md Saufi (2008) Islam Hadhari dalam kalangan warga pendidik terima atau tolak? satu dapatan awal / Ahmad Nawawi Yaakob and Md Saufi Abdul Hamid. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.
Abstract

Gagasan Islam Hadhari yang menjadi dasar pembangunan negara masa kini masih lagi dijadikan isu dalam kalangan peminat politik tanah air. Biarpun penerimaannya di peringkat global telah terbukti, namun kesediaan bangsa Melayu khasnya masih boleh dipersoalkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman dan sokongan kalangan warga pendidik terhadap prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia. Berbantukan soal selidik kepada dua kelompok, guru dan pensyarah, kajian mendapati guru-guru kurang terdedah dan kurang memberi sokongan berbanding pensyarah. Berkemungkinan perkara ini terjadi kerana kurangnya pendedahan kepada golongan sasaran berbanding di IPTA yang lebih kerap diadakan seminar atau forum. Oleh itu, kajian mencadangkan agar gerakan Islam Hadhari diperkasakan lagi dalam kalangan pendidik bagi melahirkan kebersamaan antara misi dan visi negara dan akhirnya upaya diterapkan dalam pendidikan sekolah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68179.PDF]
Text
68179.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics