Abstract
Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh sosiologi dan sejarah Islam yang tersohor di zaman kegemilangan tamadun Islam melalui karyanya yang terkemuka, "Al-Muqadimmah”. Konsep Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ini menekankan kepada peri penting hubungan kekeluargaan dan semangat kasih sayang yang luhur dalam mengukuhkan hubungan dalam masyarakat. Hubungan dalam masyarakat boleh dianggap sebagai suatu kesatuan yang kukuh tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya dan penempatan masyarakat berkenaan. Justeru, konsep Asabiyyah Ibn Khaldun ini dilihat masih relevan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan hubungan di antara pelbagai etnik di Malaysia ini. Selain usaha untuk "merapatkan" jurang perbezaan antara kaum dari pelbagai aspek, konsep Asabiyyah ini akan memberikan satu perspektif baru dalam konteks penyelidikan mengenai hubungan etnik di Malaysia iaitu terutama dari segi mengatasi masalah perpaduan kaum dan mengukuhkan perpaduan kaum dengan berteraskan semangat Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasbullah, Wan Aminah waminah@kb.usm.my |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Interpersonal relations. Social behavior H Social Sciences > HM Sociology > Culture H Social Sciences > HM Sociology > Social values |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 151-158 |
Keywords: | Asabiyyah, Hubungan dan perpaduan etnik, Ibn Khaldun |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68155 |