Abstract
Perkembangan pendidikan masa kini menuntut pemahaman berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam mempertahankan anak bangsa. Di Malaysia, UiTM telah diberi keutamaan dalam memajukan pendidikan bagi orang-orang Melayu dan Bumiputera secara umum. lni dapat dilihat menerusi Peruntukan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong dalam memastikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dilindungi. Akta UiTM 1976 (Akta 173) telah memperuntukkan dengan jelas bahawa penubuhan UiTM adalah selaras dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, penubuhan UiTM mempunyai asas perlembagaan yang kuat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang mempertikai dan meperlekeh peranan UiTM kepada masyarakat umum. Mereka terikut-ikut dengan pihak yang menentang kewujudan UiTM tanpa mengambil kira peranan yang dimainkan oleh kerajaan dan pelbagai agensi dalam membantu Pendidikan Melayu dan Bumiputera. lni tidak seharusnya berlaku kerana di dalam masyarakat Malaysia yang majmuk, setiap warga haruslah menghormati dan memahami peranan kerajaan dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi Melayu terutamanya dalam sektor pendidikan. lni adalah selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu sejak merdeka. Oleh sebab itu, Artikel 153 berperanan dua hala dalam menjamin kestabilan sosial negara. Kertas kerja ini akan mengupas aspek perundangan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan Aleta UiTM 1976 yang berperanan dalam slogan utamanya mengubah destini anak bangsa.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Tah, Ikmal Hisham ikmal@pahang.uitm.edu.my Abd. Hadi, Khairul Anuar khairulanuarah@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 240-247 |
Keywords: | Artikel 153, Perlembagaan persekutuan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Undang-undang Malaysia |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68098 |