Tanaman buah-buahan nadir warisan Malaysia / Anisah Mohammed and Mohamad Amir Shah Yusop

Mohammed, Anisah and Yusop, Mohamad Amir Shah (2015) Tanaman buah-buahan nadir warisan Malaysia / Anisah Mohammed and Mohamad Amir Shah Yusop. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Malaysia yang beriklim khatulistiwa mempunyai lebih 370 spesis buah-buahan yang ditanam dan tumbuh secara meliar. Spesis pokok buah-buahan ini dikategorikan kepada dua iaitu buah-buahan utama dan buah-buahan nadir. Lebih daripada 70 spesis buah-buahan adalah terdiri daripada pokok buah-buahan nadir. Pokok buah-buahan nadir ini bermaksud buah-buahan yang jarang-jarang ditanam dan dijumpai malah tidak dikomersilkan. Ianya banyak ditemui dikawasan perkampungan dan pinggir hutan. Antara spesis buah-buahan nadir yang dijumpai ditanam di Malaysia adalah seperti gajus, kuini, kundang, nona, keradang, mentega, ceri, cermai, melaka, jentik-jentik, rambai, belimbing masam, asam gelugur, asam jawa, petai, jering, nam-nam, sentul, pala, jambu mawar, salam, salak, delima, bilak, pulasan, redan dan kelumpang. Pokok buah-buahan nadir ini bukan hanya berguna untuk menghasilkan buah malah setiap bahagian dari pokok tersebut seperti bunga, daun, akar dan biji mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Keunikan tekstur pokok buah nadir yang berbeza saiz, warna dan bentuk mempunyai nilai dalam tanaman landskap. Potensi pokok buah-buahan nadir masih belum diterokai sepenuhnya dan ramai di kalangan generasi baru yang tidak mengetahui akan kewujudan spesis pokok buah-buahan tersebut. Oleh yang demikian, kempen kesedaran dan pemuliharaan spesis pokok buah-buahan nadir perlu dipergiatkan demi memelihara kewujudan spesis pokok tersebut daripada pupus ditelan arus kemodenan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammed, Anisah
anisahm@pahang.uitm.edu.my
Yusop, Mohamad Amir Shah
amirshah@pahang.uitm.edu.my
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture
S Agriculture > SB Plant culture > Fruit trees
S Agriculture > SB Plant culture > Fruit trees > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 229-233
Keywords: Buah nadir, Khasiat, Seni laman, Spesis
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68092
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68092.PDF] Text
68092.PDF

Download (2MB)

ID Number

68092

Indexing

Statistic

Statistic details