Abstract
Pasaran saham merupakan sumber kewangan utama bagi membiayai kemajuan ekonomi sesebuah negara. Ia juga adalah instrumen pelaburan bagi individu untuk menjana pendapatan sampingan dan simpanan selepas persaraan. Melalui rancangan Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1971), sasaran pegangan saham korporat (ekuiti syarikat awam) di kalangan kaum Melayu telah ditetapkan sebanyak 30 peratus oleh kerajaan sebagai usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan membuka peluang kepada kaum Melayu menyumbang serta memiliki aset kekayaan negara. Setelah beberapa dekad, usaha ini nyata belum membuahkan hasil. Kajian ini mengulas lanjut tentang latar belakang pelaburan saham, dasar pemilikan saham (ekuiti) bumiputera serta faktor-faktor penglibatan individu dalam pelaburan pasaran saham.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hazudin, Siti Fahazarina fahazarina@pahang.uitm.edu.my Daud, Rozain rozain@pahang.uitm.edu.my Abdul Razak, Muhammad Azmir azmir06@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 213-217 |
Keywords: | Bumiputera, Melayu, Pelaburan saham |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68088 |