Abstract
Sosialisasi agama merupakan satu proses penyerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dalam kegiatan seharian. Prasyarat kepada penghayatan tersebut adalah pengetahuan berkaitan dengan nilai-nilai agama dan persekitaran yang mendokong kepada pembentukan perlakuan yang positif, khususnya di kalangan para pelajar. Artikel ini akan membincangkan proses sosialisasi yang berlaku di kalangan para pelajar di sekolah-sekolah menengah agama terpilih di Selangor yang dikelolakan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan secara lapangan dengan edaran soal selidik di kalangan para guru bagi memperolehi pandangan mereka mengenai proses sosialisasi pelajar. Di samping pendekatan analisis kandungan terutamanya dalam membincang konsep sosialisasi dan hubungannya dengan pengetahuan. Untuk itu artikel ini akan membincangkan pertama, konsep sosialisasi agama di kalangan pelajar. Kedua, hubungan antara pengetahuan dengan sosialisasi agama. Ketiga, hubungan sosialisasi dengan pembentukan identiti diri pelajar. Perbincangan ini merumuskan bahawa, pengetahuan dan perlakuan serta persekitaran mempengaruhi proses sosialisasi pelajar serta menentukan bentuk identiti diri pelajar.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang, Jaffary UNSPECIFIED Ismail, Rozmi UNSPECIFIED Salleh, Kamaruddin UNSPECIFIED Wahid, Hairunnizam UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > Teachers. Teaching personnel L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > School management and discipline L Education > LB Theory and practice of education > Schools > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 117-129 |
Keywords: | Sekolah agama, Sosialisasi agama, Persepsi guru, Regresi logistik |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68086 |