Abstract
Latihan Industri merupakan salah satu komponen wajib yang perlu dimurnikan bagi memenuhi keperluan program diperingkat Ijazah Sarjana muda. Aliran proses yang kompleks dimulai dengan permohonan sehingga kepada penawaran tempat latihan melibatkan proses dokumentasi yang rumit. Koordinasi permohonan dan pencarian tempat latihan mengikut peringkat dan disiplin persuratan rasmi perlu dipantau dengan teliti bagi memastikan kelestarian hubungan harmoni antara universiti dan industri dapat dipelihara. Penyimpanan dan akses pantas secara atas talian (online) kepada maklumat latihan industri para pelatih secara cekap adalah mendesak terutama melibatkan pemilihan dan pecaturan pensyarah pelawat, pemantauan kemajuan para pelatih, rumusan penilaian para pelatih serta keadaan kecemasan melibatkan pelatih yang sedang menjalani latihan industri. Sistem penilaian yang adil, diyakini, berobjektif serta efektif adalah penting demi memastikan intergeriti serta kualiti subjek latihan industri dapat dipertahankan. Selain itu maklumat yang relevan meliputi persepsi pelatih, industri dan pensyarah haruslah digembeling serta dianalisis bagi menyumbang kepada penambahbaikan subjek dan keperluan silibus program. Oleh yang demikian satu jujukan parameter yang signifikan dan relevan bersifat perbandingan adalah perlu bagi membolehkan pemantauan dan analisis berterusan oleh penyelaras kepada pelatih, pensyarah dan industri dari permulaan sehinggalah latihan industri dimuktamadkan. Maka pemantauan antara muka Sistem Bersepadu Permohonan & Penilaian Latihan Industri (ITAIS) secara atas talian (Online) adalah penyelesaian kepada cabaran berkenaan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Senawi, Syamsyir Akmal syamsyir@pahang.uitm.edu.my Yahya, Norihan norihan@pahang.uitm.edu.my Hashim @Ismail, Azhan dazhan@pahang.uitm.edu.my Kasim, Azman azman615@pahang.uitm.edu.my Mohd Noor, Badrul Hisham badruI897@pahang.uitm.edu.my Sulaiman, Nasharudin nasharudin@pahang.uitm.edu.my Abdullah, Mardhiah mar_abd@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 197-203 |
Keywords: | Cekap, Komprehensif, Latihan industri, Rekod, Sistematik |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68083 |