Abstract
Memandangkan sistem keselamatan kebakaran merupakan perkara yang menjadi perkara utama dalam pembinaan bangunan, maka penuiis telah memilih topik ini sebagai tajuk disertasi. Ini adalah kerana kebakaran merupakan punca utama kemusnahan harta benda di negara kita selain daripada faktor lain seperti banjir dan sebagainya. Pada pendapat penuiis tajuk ini amat penting kerana kebanyakan sistem keselamatan kebakaran yang terdapat di kebanyakan bangunan pada masa kini masih belum sepenuhnya menepati kehendak dan piawaian sistem keselamatan kebakaran. Justeru kerana itu berita mengenai kebakaran sering menjadi tajuk utama akhbar di negara kita. Perkara yang ingin dititikberatkan di dalam tajuk ini ialah bagaimana sistem keselamatan kebakaran yang disediakan dalam sesebuah bangunan itu mampu memenuhi kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan. Kajian ini bukan sahaja mengambilkira dari aspek peralatan pencegahan kebakaran yang disediakan tetapi juga turut menekankan aspek rekabentuk dan bahan binaan bangunan. Di samping itu pemahaman tentang konsep kebakaran juga akan diterangkan di dalam tajuk ini bersama dengan teori-teori yang berkaitan. Seterusnya segala teori-teori tersebut akan diaplikasikan dengan bangunan kajian iaitu di Liquid Bulk Terminal di Pelabuhan Barat, Pulau Indah.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulliaman, Normala UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Muhamad Ariif, Nor Rima UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Industrial directories > Industrial safety. Industrial accident prevention |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor in Building Surveying(Hons) |
Keywords: | Sistem keselamatan kebakaran, Liquid Bulk Terminal, Bangunan |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68071 |
Download
68071.pdf
Download (13kB)