Pengurusan pelaksanaan kurikulum di UiTM Pahang: penambahbaikkan proses laporan OBE-SCL / Zarina Zainul Rashid … [et al.]

Zainul Rashid, Zarina and Alias, Asmidar and Rosman, Norhafizah and Kamarullah, Shahida Hanum (2015) Pengurusan pelaksanaan kurikulum di UiTM Pahang: penambahbaikkan proses laporan OBE-SCL / Zarina Zainul Rashid … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.
Abstract

Tatacara pengurusan laporan pengendalian proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan Outcome Based Education - Student Centered Learning (OBE SCL) telah digariskan melalui carta alir Prosedur Mengurus Pelaksanaan Kurikulum Akademik di UiTM. Proses ini diperlukan untuk mematuhi asas jaminan kualiti di peringkat pengajian tinggi dan diamalkan mulai tahun 2010. Laporan memerlukan penilaian terhadap lima komponen iaitu keputusan GPA pelajar, CO-PO-LO-KI, SUFO, Exit-Entrance Survey dan OBE-CDL Implementation. Menyelaras laporan yang melalui beberapa peringkat memerlukan koordinasi yang sistematik dan tersusun. Kertas kerja ini menyentuh beberapa aspek penambahbaikkan proses laporan OBE-SCL: dokumen yang perlu disertakan, pegawai tanggungjawab yang menyelaras dan proses continual quality improvement (CQI) bagi memenuhi pengumsan pelaksanaan kurikulum di UiTM Pahang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68054.PDF]
Text
68054.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics