Abstract
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai pegangan kepada umat Islam yang memberi sinar hidayah dan juga panduan dalam kehidupan seseorang Muslim sejati. Membaca al-Quran mempakan satu ibadah yang amat dituntut dalam ajaran Islam. Membacanya menjadi lebih bermakna apabila seseorang Muslim bukan sekadar membacanya dengan tajwid dan sebutan yang betul, tetapi untuk mengetahui maksud bagi setiap apa yang dibacanya. Kajian awal di kalangan staf Universiti Teknologi MARA, UiTM (Pahang) mendapati kebanyakan mereka kurang mengetahui bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul, juga tidak mendalami terjemahan setiap bacaan. Sehubungan dengan itu, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, ACIS UiTM (Pahang) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas tahsin al-Quran pada setiap Jumaat bermula Januari 2014 khusus kepada staf UiTM (Pahang). Setelah lebih dua tahun beroperasi, sambutan yang diberi amat menggalakkan. Hasil daripada pemantauan dan analisis yang telah dibuat, kebanyakan staf menunjukkan prestasi positif dari segi bacaan dengan tajwid dan sebutan yang betul. Kekerapan menghadiri kelas ini dengan kehadiran sekurang-kurangnya dua kali sebulan menunjukkan staf tersebut lebih cepat fasih bacaannya dan lebih memahami setiap bacaannya. Persepsi positif juga dilihat melalui peningkatan tahap bacaan yang betul dalam kalangan staf dan ini telah memberikan impak bermakna buat ACIS khususnya dan UiTM (Pahang) amnya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sobki, Ibrahim ibrahim_sobki@pahang.uitm.edu.my Syed Wahid, Sharifah Norhuda aiza_budin@pahang.uitm.edu.my Yusof, Yusharina sha_norhuda@pahang.uitm.edu.my Budin, Aiza yusharina@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 159-162 |
Keywords: | AI-Quran, Persepsi, Positif, Prestasi, Tahsin |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68035 |