Perbezaan gaya hidup remaja bersekolah berdasarkan aliran pengajian: kajian di lima sekolah menengah sekitar Bandar Jengka / Mohd Kamal Azman … [et al.]

Jusoh, Mohd Kamal Azman and Muhamad, Rasid and Hassan, Mohammad Yusof and Ahmad, Jamaludin (2008) Perbezaan gaya hidup remaja bersekolah berdasarkan aliran pengajian: kajian di lima sekolah menengah sekitar Bandar Jengka / Mohd Kamal Azman … [et al.]. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.
Abstract

Golongan remaja merupakan golongan yang penting dalam mana-mana masyarakat. Pembentukan mereka yang mantap amat wajar dilakukan, agar mereka menjadi insan yang berkualiti dan warga negara yang mampu berbakti. Walau bagaimanapun, golongan remaja masa kini sering ditanggapi sebagai golongan yang bermasalah serta banyak melakukan penyimpangan dari nilai agama dan batasan sosial. Golongan remaja bersekolah merupakan kelompok penting yang perlu diberikan perhatian. Memahami watak serta gaya hidup mereka merupakan pra-syarat penting ke arah menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, kertas kerja ini ingin membincangkan secara dekat gaya hidup remaja bersekolah di sekolah-sekolah sekitar Bandar Jengka berdasarkan perbezaan aliran pengajian. Ia melibatkan lima buah sekolah yang terdiri dari aliran agama, teknik dan kebangsaan. Data yang dikumpul dengan menggunakan soal selidik melibatkan 563 responden dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS versi 10). Ianya memfokuskan kepada aktiviti utama di rumah dan minat remaja yang bersekolah. Terdapat petunjuk menunjukkan perbezaan aliran pengajian persekolahan membezakan gaya hidup pelajar. Maklumat dari kajian ini begitu penting dan menarik untuk dibincangkan serta menjadi panduan untuk semua peringkat golongan untuk memanfaatkannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68024.PDF]
Text
68024.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics