Abstract
Golongan remaja merupakan golongan yang penting dalam mana-mana masyarakat. Pembentukan mereka yang mantap amat wajar dilakukan, agar mereka menjadi insan yang berkualiti dan warga negara yang mampu berbakti. Walau bagaimanapun, golongan remaja masa kini sering ditanggapi sebagai golongan yang bermasalah serta banyak melakukan penyimpangan dari nilai agama dan batasan sosial. Golongan remaja bersekolah merupakan kelompok penting yang perlu diberikan perhatian. Memahami watak serta gaya hidup mereka merupakan pra-syarat penting ke arah menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, kertas kerja ini ingin membincangkan secara dekat gaya hidup remaja bersekolah di sekolah-sekolah sekitar Bandar Jengka berdasarkan perbezaan aliran pengajian. Ia melibatkan lima buah sekolah yang terdiri dari aliran agama, teknik dan kebangsaan. Data yang dikumpul dengan menggunakan soal selidik melibatkan 563 responden dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS versi 10). Ianya memfokuskan kepada aktiviti utama di rumah dan minat remaja yang bersekolah. Terdapat petunjuk menunjukkan perbezaan aliran pengajian persekolahan membezakan gaya hidup pelajar. Maklumat dari kajian ini begitu penting dan menarik untuk dibincangkan serta menjadi panduan untuk semua peringkat golongan untuk memanfaatkannya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jusoh, Mohd Kamal Azman mkamalazman@pahang.uitm.edu.my Muhamad, Rasid rasidphg@pahang.uitm.edu.my Hassan, Mohammad Yusof yusofhassan@pahang.uitm.edu.my Ahmad, Jamaludin jamaludin97@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 91-99 |
Keywords: | Aliran pengajian, perbezaan gaya hidup, remaja bersekolah |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68024 |