Abstract
Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim, ianya tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja malahan juga kepada orang Islam sendiri. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha dakwah terhadap pelajar-pelajar Melayu di kampus. Matlamat penubuhannya lebih terarah kepada keseimbangan pembangunan mental, jasmani dan rohani pelajar bagi mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Program-program dakwah yang dianjurkan oleh ACIS melibatkan Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Islam (HET) bertujuan memantapkan akademik seterusnya sahsiah pelajar Melayu selari dengan kehendak syariat Islam. Oleh itu, objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji peranan ACIS dalam usaha dakwah terhadap pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan dan mengenalpasti program-program dakwah yang dianjurkan oleh ACIS UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan. Bagi mencapai kedua-dua objektif di atas, kumpulan penyelidik menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap proposal-proposal program dakwah yang telah dibuat oleh ACIS UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan. Secara umumnya program-program dakwah yang dianjurkan oleh ACIS mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan khususnya pelajar Melayu kerana program-program tersebut menarik perhatian mereka untuk lebih mendalami ajaran Islam sebenar. Justeru itu, ianya bukan lagi bersifat konvensional tetapi diadun dengan elemen-elemen dakwah moden selari dengan pemikiran generasi Y pada zaman teknologi canggih sekarang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anas, Norazmi norazmianas@perak.uitm.edu.my Zulkipli, Shahril Nizam shah4107@perak.uitm.edu.my Mat Dahan, Ahmad Fadhir ahmadfadhir@pahang.uitm.edu.my Mohd. Mokhtar, Siti Marsitah marsitah@pahang.uitm.edu.my Engku Alwi, Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki drkuzaki@unisza.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 106-113 |
Keywords: | ACIS, Pelajar Melayu, Peranan program dakwah, UiTM Pahang |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67994 |