Abstract
Program Halaqah merupakan satu program berteraskan Islam yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman Islam yang rendah merangkumi elemen akidah, syariah dan akhlak yang menjadi tunjang ajaran Islam. Selain itu, program ini juga dilihat sebagai satu usaha dakwah kampus terhadap pelajar-pelajar yang beragama Islam khususnya pelajar Melayu. Penulisan kertas kerja ini bertujuan mengkaji halatuju Program Halaqah terhadap dikalangan pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang dan menghuraikan item-item soal selidik yang digunakan sebagai penanda aras Program Halaqah di UiTM Cawangan Pahang. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis kertas kerja Program Halaqah dan item-item soal selidik supaya kedua-dua objektif kajian di atas tercapai dengan jayanya. Secara umumnya, program ini memberi manfaat yang sangat besar terhadap pelajar-pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman mereka berkaitan ajaran Islam. Oleh yang demikian, program ini wajar diteruskan pada masa akan datang dan perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa selari dengan pemikiran pelajar-pelajar Generasi Y pada masa kini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anas, Norazmi norazmianas@perak.uitm.edu.my Zulkipli, Shahril Nizam shah4107@perak.uitm.my Mat Dahan, Ahmad Fadhir ahmadfadhir@pahang.uitm.edu.my Budin, Aiza aiza_budin@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 100-105 |
Keywords: | Pelajar Melayu, Program Halaqah, UiTM Cawangan Pahang |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67993 |