Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kesedaran undang-undang lalu lintas dengan fokus utama kajian adalah gelagat pemandu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gelagat para pemandu berdasarkan ciri-ciri demografik pemandu tersebut iaitu umur, jantina, tahap akademik dan tempoh pemilikan lesen memandu. Driver Behaviour Questionaire (DBQ) digunakan sebagai asas bagi borang soal selidik disesuaikan dengan maksud kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara umur dan gelagat pemandu semasa memandu. Menariknya, ia menunjukkan tidak wujud hubungan antara gelagat pemandu dengan jantina. tahap akademik dan tempoh pemilikan lesen memandu. Oleh yang demikian, penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak berkuasa secara tegas perlu untuk mendidik para pemandu agar memandu secara berhemah. Selain itu, meningkatkan tempoh bagi lesen P perlu difikirkan kerana tempoh selama dua tahun itu adalah terlalu singkat bagi pemandu muda yang masih kurang pengalaman dan pengetahuan tentang pemanduan berhemah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Hanan, Suhaila suhai@uum.edu.my Shaari, Hasnizam zamree@uum.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Accidents. Prevention of accidents T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research |
Event Dates: | 3 – 4 June 2008 |
Page Range: | pp. 33-39 |
Keywords: | Gelagat pemandu , Pengurusan keselamatan jalan raya |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67985 |