Undang-undang sembilan puluh sembilan: warisan persuratan melayu Negeri Perak / Suria Fadhillah Md Pauzi, Azniza Ahmad Zaini and Mohd Azmi Nias Ahmad

Md Pauzi, Suria Fadhillah and Ahmad Zaini, Azniza and Nias Ahmad, Mohd Azmi (2015) Undang-undang sembilan puluh sembilan: warisan persuratan melayu Negeri Perak / Suria Fadhillah Md Pauzi, Azniza Ahmad Zaini and Mohd Azmi Nias Ahmad. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.
Abstract

Undang-undang adat Melayu telah lama wujud dan diwarisi sejak zaman-berzaman dan menjadi asas peraturan dan norma penduduk setempat. Undang-undang Adat adalah senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman Kesultanan Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan dipercayai diasaskan penulisannya oleh Sayid Hussain al-Faradz yang telah datang ke Perak dari Hadramaut pada abad ke-17. Ia telah diamalkan di Perak sehingga ke tahun 1900 dan dikatakan telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A'azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu sekitar tahun 1887 sehingga tahun 1916. Ia dikenali sebagai Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan kerana mengandungi 99 Perkara undang-undang yang merangkumi pelbagai aspek. Artikel ini akan mengulas serba sedikit sejarah pemerintahan beraja Perak dan isi kandungan undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak agar ia dapat dijadikan panduan dan simbol peradaban dan ketuanan Melayu satu ketika dahulu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 67984.PDF]
Text
67984.PDF
Download (4MB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations