Abstract
Undang-undang adat Melayu telah lama wujud dan diwarisi sejak zaman-berzaman dan menjadi asas peraturan dan norma penduduk setempat. Undang-undang Adat adalah senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman Kesultanan Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan dipercayai diasaskan penulisannya oleh Sayid Hussain al-Faradz yang telah datang ke Perak dari Hadramaut pada abad ke-17. Ia telah diamalkan di Perak sehingga ke tahun 1900 dan dikatakan telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A'azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu sekitar tahun 1887 sehingga tahun 1916. Ia dikenali sebagai Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan kerana mengandungi 99 Perkara undang-undang yang merangkumi pelbagai aspek. Artikel ini akan mengulas serba sedikit sejarah pemerintahan beraja Perak dan isi kandungan undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak agar ia dapat dijadikan panduan dan simbol peradaban dan ketuanan Melayu satu ketika dahulu.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Pauzi, Suria Fadhillah suriapauzi@pahang.uitm.edu.my Ahmad Zaini, Azniza nizazaini@pahang.uitm.edu.my Nias Ahmad, Mohd Azmi azminias@gmail.com |
| Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Customary law > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
| Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
| Event Dates: | 4 November 2015 |
| Page Range: | pp. 87-93 |
| Keywords: | Undang-undang adat Melayu, pemerintahan beraja Perak, warisan persuratan |
| Date: | 2015 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67984 |
Download
67984.PDF
Download (4MB)
ID Number
67984
Indexing
