Abstract
Sebagai rakyat Malaysia yang kreatif, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Pada kebiasaannya, kita akan mengibarkan jalur gemilang di kediaman rumah, pusat-pusat membeli belah, sekolah, bangunan perniagaan dan kenderaan, malah tidak kurang juga ada yang tampil berani untuk memakai pakaian bertemakan corak kemerdekaan. Selain dariapda itu kita boleh mengabadikan rasa cinta kepada negara dengan memberikan sentuhan bertemakan corak keramat ini dalam bentuk makanan. Pelbagai juadah sajian makanan di Malaysia boleh didekorasi dan digubah secara kreatif dan menarik bertemakan corak jalur gemilang untuk mencipta kelainan bagi menarik perhatian masyarakat di Malaysia untuk menjiwai semangat kemerdekaan. Jadi disini dikongsikan pelbagai juadah sajian makanan yang didekorasi oleh masyrakat Malaysia berbilang kaum dan bangsa dengan bertemakan bendera Malaysia. Melalui pendekatan ini, kita bukan sahaja dapat mempamerkan keupayaan menterjemahkan nilai kreatif yang menarik dan boleh dikomersialkan, sekali gus dapat memenuhi inspirasi iaitu menzahirkan semangat patriotisma sempena pengisian hari Kebangsaan Malaysia.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Siti Asmah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED Editor Libasin, Zuraira UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | e-Buletin, Jabatan Sains Komputer & Matematik, UiTM |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67983 |